21 May 2014

Lelucon Istriku Ada Empat

ISTRIKU ADA EMPAT

SUATU ketika, ada seorang pedagang
kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang
keempat dan memberikan harta dan
kesenangan yang banyak. Sebab,
isteri keempat adalah yang tercantik
di antara kesemua isterinya. Maka,
tidak heran lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri
keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya
yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua
temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini
akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Apabila pedagang ini mendapat
masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu
menolong dan mendampingi
suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang
pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami.

Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit.
Kemudian dia menyadari mungkin
masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi
semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku
punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan
sendiri. Betapa menyedihkan jika aku
harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya,
“Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan
mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” Jawab isterinya yang keempat, dan pergi
begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi.
Jawaban itu sangat

No comments: